Skip to main content

LELAKI PALING BAHAYA [PROLOG]

“OKEY, dah siap!” kata Ayuni sambil mengelap peluh di dahinya. Rasanya hampir dekat sejam dia duduk di tengah panas membetulkan tayar kereta yang pancit tiba-tiba tadi. 

“Mmm…” Lelaki di sebelahnya tidak banyak bercakap berbanding sebelum tadi. Mula-mula masa dia tawarkan diri untuk menukar sendiri tayar yang pancit itu, bukan main membebel lagi lelaki itu dan selepas satu jam, satu pujian pun dia tidak dapat. 


“Hei, mana pergi ucapan terima kasih?” balas Ayuni tidak puas hati. Penat dia membanting tenaga dan kemahirannya untuk menukar tayar kereta itu tapi tiada satu pun ucapan terima kasih atau pujian yang dia dapat. 

“Apa-apa pun kita perlu hantar kereta ni ke bengkel juga untuk tukar tayar,” balas lelaki yang bernama Rasydan itu. 

“Memanglah. Sekurang-kurangnya kita jimat duit sikit. Tak perlu susah-susah tunggu mekanik atau lori tunda. Lagipun kita ni tinggal lapan bulan lagi nak berkahwin, sudah tentulah kena pandai berjimat,” balas Ayuni. 

“Yalah. Awak menang,” Rasydan menyerah kalah dengan senang. 

Menang? Dia bukan nak menang!

“Saya bukan nak menang. Saya cuma awak ucap terima kasih saja.” Ayuni tuntut lagi. 

“Cepat. Kita dah lambat,” Rasydan terus masuk ke dalam kereta. 

Ayuni mendengus marah. 

“Tunggulah. Saya nak kemas barang-barang ni,” kata Ayuni cuba menahan marah. 

Sudahlah dia bersusah payah dia tukar tayar kereta tadi, Rasydan pula hanya duduk di tepi memerhati sambil membebel. Kini, boleh pula lelaki itu terus masuk ke dalam kereta dan hidupkan enjin kereta tanpa menolongnya mengemas peralatan yang digunakan untuk menukar tayar kereta tadi. 

Mujurlah sudah jadi tunang, jadi dia kena tahan bersabar. Setelah siap berkemas, tiba-tiba Rasydan keluar dari kereta. Ayuni pelik. 

“Awak drive. Saya tak ada mood,” katanya sambil berlalu masuk ke tempat duduk sebelah pemandu. 

Sabar, Ayuni. Sabar! Dugaan orang bertunang memang macam ni. Kalau ini pun kau tak dapat nak bersabar, macam mana kau nak kahwin dengannya nanti? 

Ayuni akur. Tanpa banyak cakap dia pun melangkah masuk ke tempat duduk pemandu dan memandu kereta itu ke jalan raya. 

Tanpa dia sedari, ada seseorang memerhatinya dari jauh dengan senyuman dibibir…

Comments

Popular posts from this blog

Suamiku Workaholic [Bab 12]

Awal-awal pagi lagi aku dan suamiku sudah berangkat ke KLIA dengan menaiki teksi. Sebelum berangkat sempat lagi aku menghubungi ibu dan ayah untuk memaklumkan pemergian kami ke Langkawi. Sengaja aku beritahu mereka sebab tidak mahu mereka tiba-tiba datang terjah rumah. Walaupun mereka tak pernah buat lagi tapi aku ada perasaan yang mereka akan buat suatu hari nanti. Lagipun, walaupun mereka beria-ia sangat suruh aku berkahwin dengan Syazwan tapi mereka sebenarnya risaukan perkahwinan kami. Maklumlah aku kahwin dengan Syazwan pun secara terpaksa sebab bakal pengantin melarikan diri. Mereka pun sudah sedia maklum dengan Syazwan yang workaholic.

Suamiku Workaholic [Bab 16]

Bila aku terjaga, aku mendapati aku berada di bilik yang asing. Bukan itu saja, tangan aku dicucuk oleh saluran air yang datangnya dari sebuah beg air yang biasa aku tengok di hospital. Aku cuba kerahkan tenaga yang ada untuk bangun. Pening-pening lalat kepala aku seketika. Aku memerhati keadaan sekeliling. Aku berada di hospitalkah? Tapi kenapa katil aku macam tak nampak katil hospital? Luas pula tu, cukup untuk dua orang tidur. Di sekeliling aku pun sama. Ada sebuah almari dan di sudut lain, ada set sofa. Macam bukan di hospital tapi di hotel.

Suamiku Workaholic [Bab 1]

Ibu kata, Syazwan paling tak suka dengan orang yang lambat datang janji temu. Jadi, awal-awal lagi aku sudah datang ke tempat janji temu. Masa tu, cafe yang menjadi tempat pertemuan kami itu baru sahaja buka. Lama juga aku duduk menunggu maklumlah aku datang setengah jam lebih awal. Tepat pukul 10.00 pagi, Syazwan datang tepat pada masanya. Padanlah dia sudah jadi seorang yang berjaya dan bekerjaya. Dia datang dengan baju kot (ah, cair!). Nampak segak dan bergaya. Serius aku sudah jatuh hati. Datang-datang saja, dia terus renung aku dari atas hingga bawah. Berdetak juga jantung aku tiap kali matanya scan setiap inci tubuh aku. Macam mata Superman yang boleh tengok dalaman tubuh orang pula. Setelah dia berpuas hati, barulah dia duduk dan membuat pesanan kepada pelayan cafe itu. Kemudian, dia keluarkan tab miliknya dan senyap.