Skip to main content

SUAMIKU WORKAHOLIC versi novel dah keluar!



Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi.

Tak dapat saya gambarkan perasaan saya sekarang bila cover SUAMIKU WORKAHOLIC dah keluar. Selama lebih empat atau lima bulan berhempas pulas menyiapkannya, akhirnya saya dapat lihat hasil saya. Seronok tak terkata.

Terima kasih kepada pembaca setia menanti SW ini. Kerana korang yang selalu push saya bila nak up bab baru, itu yang membuatkan saya teruskan cerita ini. Kalau tidak, memang akan saya tinggalkan bila dah sampai di pertengahan jalan.

Siapa yang belum tengok cover, tengoklah puas-puas. Ada saya tepek di atas, kalau tak nampak, tak tahulah hehehe…

Saya suka dengan cover ni. Penggunaan tulisan yang senang dibaca coz saya ni ada masalah nak baca tulisan yang berbelit-belit. Penggunaan warna yang harmoni, nampak sweet dan tenang – saya suka. Dan yang paling saya suka teddy bear tu. 

Hah! Kalau tengok sekali imbas, korang mungkin tak perasan. Cuba tengok tenungan teddy bear tu. Sama macam saya gambarkan Syazwan tenung Dayah waktu pertama kali jumpa.

Saya suka!

Saya suka! (ok, over excited pula)

Ini novel keluaran Penerbitan Fajar Pakeer bulan Februari 2015. Tak lama je lagi. Jangan lupa ya, dapatkan novel ini. 

Cerita ni boleh dikategorikan cerita syok sendiri sebabnya saya tulis kerana saya stress dengan kerja saya di ofis. Kalau ikut idea asal, citer ni penuh emosi. Nanti kalau korang dah baca korang fahamlah maksud saya.

Akhir kata, terima kasih semua.

Ps: novel ni serius tak de M. 

Comments

  1. x sabarnye nk memiliki novel ini....hmmm

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Harap ada d pesta buku . :)

    ReplyDelete
  4. Tak sabar nak beli, bila boleh order?

    ReplyDelete
  5. Maaf tanya ..M tu apa yer?..dah lama nak tau

    ReplyDelete
  6. Dah bc.....mmg terbaik....best

    ReplyDelete
  7. saya dah baca mmg best.....

    ReplyDelete
  8. baru habis baca mmg Sengal abg syazwan & cita2 nya paling menarik mencuit hati, suka dgn semangat dayah yg percaya dgn suami walau jua keadaan....thumb up #shamiza

    ReplyDelete
  9. serious best sangat!! addicted!! mase bace tu terua tak nak stop baca hohoho

    ReplyDelete
  10. Alaa nk beli juga.. skrg msih ade ke :(

    ReplyDelete
  11. E-book version ader tak? Or only selling a hardcopy book version?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suamiku Workaholic [Bab 12]

Awal-awal pagi lagi aku dan suamiku sudah berangkat ke KLIA dengan menaiki teksi. Sebelum berangkat sempat lagi aku menghubungi ibu dan ayah untuk memaklumkan pemergian kami ke Langkawi. Sengaja aku beritahu mereka sebab tidak mahu mereka tiba-tiba datang terjah rumah. Walaupun mereka tak pernah buat lagi tapi aku ada perasaan yang mereka akan buat suatu hari nanti. Lagipun, walaupun mereka beria-ia sangat suruh aku berkahwin dengan Syazwan tapi mereka sebenarnya risaukan perkahwinan kami. Maklumlah aku kahwin dengan Syazwan pun secara terpaksa sebab bakal pengantin melarikan diri. Mereka pun sudah sedia maklum dengan Syazwan yang workaholic.

Suamiku Workaholic [Bab 16]

Bila aku terjaga, aku mendapati aku berada di bilik yang asing. Bukan itu saja, tangan aku dicucuk oleh saluran air yang datangnya dari sebuah beg air yang biasa aku tengok di hospital. Aku cuba kerahkan tenaga yang ada untuk bangun. Pening-pening lalat kepala aku seketika. Aku memerhati keadaan sekeliling. Aku berada di hospitalkah? Tapi kenapa katil aku macam tak nampak katil hospital? Luas pula tu, cukup untuk dua orang tidur. Di sekeliling aku pun sama. Ada sebuah almari dan di sudut lain, ada set sofa. Macam bukan di hospital tapi di hotel.

Suamiku Workaholic [Bab 1]

Ibu kata, Syazwan paling tak suka dengan orang yang lambat datang janji temu. Jadi, awal-awal lagi aku sudah datang ke tempat janji temu. Masa tu, cafe yang menjadi tempat pertemuan kami itu baru sahaja buka. Lama juga aku duduk menunggu maklumlah aku datang setengah jam lebih awal. Tepat pukul 10.00 pagi, Syazwan datang tepat pada masanya. Padanlah dia sudah jadi seorang yang berjaya dan bekerjaya. Dia datang dengan baju kot (ah, cair!). Nampak segak dan bergaya. Serius aku sudah jatuh hati. Datang-datang saja, dia terus renung aku dari atas hingga bawah. Berdetak juga jantung aku tiap kali matanya scan setiap inci tubuh aku. Macam mata Superman yang boleh tengok dalaman tubuh orang pula. Setelah dia berpuas hati, barulah dia duduk dan membuat pesanan kepada pelayan cafe itu. Kemudian, dia keluarkan tab miliknya dan senyap.